Monday, 5 December 2016

Ke Negara K-Pop Korea .... Pengalaman di bulan Disember

Ya Allah baru perasan, blog ke Europe hari tu tak habis lagi... dah nak tulis ke Korea pulak.. tengok la nanti kalau sempat saya tulis pasal Europe la.. sebab tujuan tulis blog nih adalah supaya menjadi panduan kepada kaki travel yang lain.. harap dapat membantu planning anda..

but frankly speaking, sebelum saya travel, mmg saya google abih travelog orang lain.. especially yg dari Malaysia.. sbb 1. senang nak baca.. 2. selalu orang malaysia nih minat lebih kurang je.. 3. kalau dapat yang share bab2 makan halal (bonus)..

jadi saya share maklumat saya sebagai panduan orang lain jugak.. what you get you give back.. betui tak?? .. dan semoga what i give, i will get back as well (dalam trip lain nanti).. aminnn..

Korea Itinerary - kali ini penyertaan peserta adalah 4 orang .. me, my eldest sister (Kak Ti), second sister (Kak Ina) and her daughter Atin (all ladies and a girl) .. terima kasih juga buat para suami yang memberi kebenaran dan sanggup jaga anak masing-masing..

Schedule kitorang adalah seperti berikut:

30 Nov - Flight ke Seoul jam 8.00am - sampai 5.00pm (lebih kurang la, x ingat exact time)

Pendapat saya la kan - kalau dapat ambik flight malam better kot.. sebab rugi masa plak ambik flight pagi.. sampai korea dah petang.. by the time ambik kereta dan keluar dari airport, dah gelap gelita.. rasa macam dah rugi plak satu hari..

Pastu naik AirAsia, mmg bosan giler dengan tak de movie.. 6 jam beb.. kematu x tau nak buat apa.. xlarat tido-bangun-tido .. xtau plak AA tak de movie .. kalau tau, dah bawak movie dalam laptop / handphone..

AirAsia habih stock le plak kad masuk ke negara ni.. dah kena isi sebelum kaunter imigresen .. ramai plak tu pelancung dari Malaysia.. meja tak cukup, kita duduk je atas lantai...



Sampai kat airport, terus ambik kereta.. saya book from Rentalcars.com.. ish tak jumpa plak gambar kereta.. tapi sedan biasa je, muat untuk 4 orang .. Harga RM1,500 untuk 4 hari (lebih kurang RM375 sehari) .. bila bahagi 4 kira murah la jugak..

Sampai-sampai dah jem.. Seoul memang sesak, sbb tu tak digalakkan drive dalam town.. kami ambik kereta untuk perjalanan jauh je.. masa nih baru pukul 6pm ye.. tapi sebab dah winter, 5.20pm dah maghrib.. jadi rancang perjalanan anda kalau mai bulan December


Rumah plak book guna Airbnb.com.. sebelum book dah tanya ada parking tak.. sbb kat seoul nih tak reti nak parking sbb macam susah je.. kami dok kat area Samgakji, Yongsun Apartment.. Sewa untuk 4 malam adalah RM 1019 (RM255 semalam untuk 4 orang). Murah kan.. Kami dapat 2 bilik yang bercantum .. selesa dan tuan rumah pun bagi privacy tip top .. salah satu reason was dia pun x pandai cakap omputih... dah satu hal macam itik dengan ayam.. problem utama masa nak sampai tu, dok carik rumah x jumpak, call dia dah x paham plak.. tapi nasib baik ada GPS.. gigih gak mencarik, last2 jumpak, alhamdulillah..

kalau nak tengok rumahnya, click link nih.. https://www.airbnb.com/rooms/11536744
Toilet kat luar ye.. tak share dengan tuan rumah, tapi bukan dalam bilik.. still kena keluar.. dekat je pun, cuma kena sarung tuala kat kepala la utk perempuan.. pastu kat gambar tu dia letak gambar ruang tamu dengan kitchen.. tapi haram x bagi jejak.. hahahaa .. tak pe la.. kita pun bukannya nak tengok TV .. cuma bab kitchen la.. kitorang bantai masak nasik dalam bilik jek la.. dia pun ok, x kisah sangat..

---------------------

Itu la kisahnya hari pertama di Seoul, Korea.. tak de buat apa pun.. by the time sampai rumah host, semua dah lemau.. kena plak cuaca sejuk bangat.. kami decide untuk tidur.. esok nak bangun awal.. nak pi Nami Island..

- bersambung-

No comments:

Post a Comment