Sunday, 13 August 2017

Perancangan ke Hong Kong

Baru perancangan... hahahaha ..

Seperti biasa, tak sempat pun habis cerita Korea, dah start cerita tempat lain plak.. sama la dengan kes Europe hari tu.. sampai ke sudah tak buat.. rasanya cam gitu le aku nih.. kalau dah x buat tu, mmg x buat terus..

Anyway.. sekarang bermula rutin untuk next journey..

kali ni aku decide nak bawak anak-anak sekali .. sebenarnya janji dulu nak bawak diorang pergi USS Singapore je hujung tahun ni.. tapi bila tengok point Enrich macam cukup je untuk tiket ke tempat sejuk (at least untuk 2 orang), so aku decided (setelah berbincang dengan en suami) untuk ke Disneyland Hong Kong.. nak ke Tokyo, x mampu le pulak dan tiket pun mahal compare to Hong Kong..

Maka.. aku pun book la ticket flight.. Enrich point dapat 76,000 untuk 2 orang tiket pergi balik Hong Kong + RM500 (utk duit tax) .. pastu tiket untuk lagi 2 orang, beli kat Malaysia Airlines - dapat la RM900 untuk dewasa dan RM800 untuk kanak2 (bawah 11 tahun)..total duit tiket untuk 4 orang = RM2300 .. kira ok sangat la kan.. Alhamdulillah to CIMB Enrich credit card jugak sbb point dia banyak..

Now.. aku tengah dok membaca tips2 dan blog2 orang lain untuk perancangan ke Disneyland. Tips yang aku dapati ialah:

  1. Pergi time weekdays kalau boleh.. else kalau pi weekend, spend so much time kat beratur je.. kebetulan tarikh kami pi tu ada weekdays, so aku plan nak pi di akhir trip kami, iaitu selasa - khamis.. flight balik malaysia, khamis petang.. so sounds good so far..
  2. Pergi seawal mungkin untuk mengelakkan jem orang, bukan jem kereta sbb naik MTR (aka MRT dalam istilah Malaysia)
  3.  Beli tiket online siap2 .. jgn sampai sana baru nak beli.. nanti queue plak untuk beli tiket masuk je..
  4. Terus ke ride, ignore characters dulu.. naik ride puas2 sementara x ramai orang..
  5. Majority advice untuk stay kat disneyland hotel .. walaupun agak mahal, tapi tengah consider sbb yang penting nak enjoy.. kalau stress2 beratur bagai nanti, x fun pulak.. lagipun nak stay kat situ sampai malam untuk tengok fireworks, so high possibility duduk kat situ 2 malam sebelum balik KL..
  6. Cari masa untuk tengok semua show.. sebab semua show best...
Ok, itu je buat masa nih.. nanti saya share lagi, insya Allah. :)

Kalau nak baca lagi, boleh click link di bawah:

http://tripswithtykes.com/2014/06/03/10-tips-tricks-for-visiting-hong-kong-disneyland/
http://www.mumonthemove.com/tips-for-visiting-hong-kong-disneyland-2/





Monday, 5 December 2016

Korea - Hari Ke 2 - Nami Island, Petite France and Garden of Morning Calm

Tujuan utama kami ambik kereta adalah kerana nak pergi tempat-tempat yang agak jauh dari Seoul iaitu nak ke Nami Island dan area sewaktu dengannya .. berdasarkan pembacaan dan kajian awal (cheewah) .. 3 tempat nih berada di lokasi yang berdekatan antara satu sama lain.. so untuk mengelakkan jem ketika keluar dari Seoul, pukul 6.30am kami dah bertolak ke Naminara Republic.. atau nama glamer bagi peminat-peminat Winter Sonata - Nami Island.. (tapi kalau tanya budak2 muda la ni, mana depa tau Winter Sonata - nampak sangat dah makcik2 dah kita nih).. hahahaha ..

1 Disember 2016 - Pulau Nami

Perjalanan dari Seoul ke Pulau Nami nih senang je.. (sebab ada GPS) .. hehehehe .. kalau nak carik sendiri, memang gagal terus.. perjalanan mengambil masa 45minit - 1 jam .. jalan tak jem tapi kereta dah start banyak masa kami keluar dari rumah sewa tu..

sebelum bertolak jugak, kami dah masak nasik siap2.. lauk tu biasa la.. beli kat abang brahims .. sedap dan mudah.. nak panaskan, masuk je dalam periuk nasik bila nasik dah masak.. makan hangat2 time sejuk-sejuk nih memang nyaman.. dan kami plak drive, so angkat periuk nasik terus masuk kereta.. tak yah nak packing bagai..

Tengok tu periuk nasi .. memang takkan kurus aih kalau makan cam gini.. hahahaha..

Sambal ranggup ikan bilis halus (beli kat Giant - sedap giler) dan sambal hitam d'isis .. memang makan bertambah..
Lepas dah puas makan.. dah ambik2 gambar kat entrance.. maka naik la kami bot ke pulau nami.. dekat bebeno je.. x sampai 10 minit.. tapi for me, Pulau Nami memang cantik.. kalau mai time Autumn, confirm cun giler.. Disember nih dah masuk winter tapi belum snow .. pasrah jek la tengok ranting-ranting mati..

Beli tiket feri dulu.. KRW8,000 seorang ye..

Nih la rupa ferinya.. cantik dan ada wifi ..
Salah satu papan tanda yang sepatah pun tak paham di Nami Island


Sisa-sisa Autumn yang masih ada
Jalan-jalan sekitar Pulau Nami
Pulau Nami nih memang cantik dan wajib pergi oleh setiap pelancong-pelancong tak kira la dari mana pun datang.. rasanya kalau autumn, mau kena spend time lama lagi kat sini.. memang cantik dan tenang sekali.. dah spend dalam 2-3 jam kat sini, kami pun ready dah nak bertolak ke next destination..

La Petite France

Actually tak de la nak pergi sangat La Petite France nih .. tapi dah nama pelancong, kena la try semua tempat kan.. so lokasi tempat nih dekat je dengan Nami Island.. dalam 25 minit perjalanan je..

La Petite France ni diambil dari sumber inspirasi cerita kartun Little Prince (1943).. best gak cerita nih, pernah la tengok sekali.. dia mengisahkan seorang budak yang ada planetnya sendiri.. perjalanan hidup dia sampai dia besar.... tapi bila dia besar, dia jadi tukang sapu sampah je .. sbb dia lupa diri dia sendiri.. gitu la lebih kurang ceritanya.. penuh maksud tersirat dalam cerita nih..
 
Ini la little prince tu..



















































Nih la kampung Little Prince nih.. nak masuk KRW8,000 .. tapi kami ada kad diskaun so dapat KRW6,000

Kami spend about 1 hour je kat sini.. kecik je tempat nih.. tapi bleh la layan untuk ambik gambar..

Garden of Morning Calm

Seterusnya kami bergerak ke Garden of Morning Calm.. susah giler nak carik.. jauh plak tu.. tapi kedudukannya menghala ke Seoul.. so sesuai sangat la untuk singgah sebelum balik ke rumah sewa.. jarak dari Petite France ke tempat ni dalam 40 minit gitu..

Garden nih cantik.. kalau mai time Spring or Autumn.. seperti Nami, kami hanya mampu memandang ranting-ranting sepi sahaja.. huhu hu.. tapi kami sempat sembahyang kat salah satu pondok kat taman nih..

Air kat bawah jambatan nih dah beku dah pun..

Tempat nih cantik giler time spring dan autumn.. penuh bunga dan daun warna warni.. time disember, memang ranting jek la..


Ada la 2-3 pokok yang masih berwarna.. sisa-sisa autumn

Bagi bulan Disember, garden nih letak banyak lampu-lampu .. dan dia bukak sampai 9malam.. so kalau berkesempatan dan kalau anda datang bulan 12, datang la waktu malam untuk tengok lampu..

Setelah penat berjalan pusing.. sampai la masa nak pulang ke bilik .. kami sampai ke rumah dalam pukul 6pm.. semua dah letih, tapi sempat lagi ke Dangdaemun untuk shopping.. hik hik hik.. tapi kali nih kami naik train.. sebab tak kuasa nak drive meredah jem ke sana, dan dah la tak tau parking.. so bertatih la kami naik train slow2 sebab kaki dah letih..

Dangdaemun Market

Letih tak pernah menghalang wanita bershopping.. hehehehe

Begitu juga dengan tangga.. leh nangis weiiiii..

Dongdaemun Underground

Kaki tu dah mengeletar.. tapi jumpak kedai, laju la plak.. hahahaha ..

Akhirnya pukul 8pm, kami pun insaf dan kembali ke pangkal jalan...

bersambung...

Ke Negara K-Pop Korea .... Pengalaman di bulan Disember

Ya Allah baru perasan, blog ke Europe hari tu tak habis lagi... dah nak tulis ke Korea pulak.. tengok la nanti kalau sempat saya tulis pasal Europe la.. sebab tujuan tulis blog nih adalah supaya menjadi panduan kepada kaki travel yang lain.. harap dapat membantu planning anda..

but frankly speaking, sebelum saya travel, mmg saya google abih travelog orang lain.. especially yg dari Malaysia.. sbb 1. senang nak baca.. 2. selalu orang malaysia nih minat lebih kurang je.. 3. kalau dapat yang share bab2 makan halal (bonus)..

jadi saya share maklumat saya sebagai panduan orang lain jugak.. what you get you give back.. betui tak?? .. dan semoga what i give, i will get back as well (dalam trip lain nanti).. aminnn..

Korea Itinerary - kali ini penyertaan peserta adalah 4 orang .. me, my eldest sister (Kak Ti), second sister (Kak Ina) and her daughter Atin (all ladies and a girl) .. terima kasih juga buat para suami yang memberi kebenaran dan sanggup jaga anak masing-masing..

Schedule kitorang adalah seperti berikut:

30 Nov - Flight ke Seoul jam 8.00am - sampai 5.00pm (lebih kurang la, x ingat exact time)

Pendapat saya la kan - kalau dapat ambik flight malam better kot.. sebab rugi masa plak ambik flight pagi.. sampai korea dah petang.. by the time ambik kereta dan keluar dari airport, dah gelap gelita.. rasa macam dah rugi plak satu hari..

Pastu naik AirAsia, mmg bosan giler dengan tak de movie.. 6 jam beb.. kematu x tau nak buat apa.. xlarat tido-bangun-tido .. xtau plak AA tak de movie .. kalau tau, dah bawak movie dalam laptop / handphone..

AirAsia habih stock le plak kad masuk ke negara ni.. dah kena isi sebelum kaunter imigresen .. ramai plak tu pelancung dari Malaysia.. meja tak cukup, kita duduk je atas lantai...



Sampai kat airport, terus ambik kereta.. saya book from Rentalcars.com.. ish tak jumpa plak gambar kereta.. tapi sedan biasa je, muat untuk 4 orang .. Harga RM1,500 untuk 4 hari (lebih kurang RM375 sehari) .. bila bahagi 4 kira murah la jugak..

Sampai-sampai dah jem.. Seoul memang sesak, sbb tu tak digalakkan drive dalam town.. kami ambik kereta untuk perjalanan jauh je.. masa nih baru pukul 6pm ye.. tapi sebab dah winter, 5.20pm dah maghrib.. jadi rancang perjalanan anda kalau mai bulan December


Rumah plak book guna Airbnb.com.. sebelum book dah tanya ada parking tak.. sbb kat seoul nih tak reti nak parking sbb macam susah je.. kami dok kat area Samgakji, Yongsun Apartment.. Sewa untuk 4 malam adalah RM 1019 (RM255 semalam untuk 4 orang). Murah kan.. Kami dapat 2 bilik yang bercantum .. selesa dan tuan rumah pun bagi privacy tip top .. salah satu reason was dia pun x pandai cakap omputih... dah satu hal macam itik dengan ayam.. problem utama masa nak sampai tu, dok carik rumah x jumpak, call dia dah x paham plak.. tapi nasib baik ada GPS.. gigih gak mencarik, last2 jumpak, alhamdulillah..

kalau nak tengok rumahnya, click link nih.. https://www.airbnb.com/rooms/11536744
Toilet kat luar ye.. tak share dengan tuan rumah, tapi bukan dalam bilik.. still kena keluar.. dekat je pun, cuma kena sarung tuala kat kepala la utk perempuan.. pastu kat gambar tu dia letak gambar ruang tamu dengan kitchen.. tapi haram x bagi jejak.. hahahaa .. tak pe la.. kita pun bukannya nak tengok TV .. cuma bab kitchen la.. kitorang bantai masak nasik dalam bilik jek la.. dia pun ok, x kisah sangat..

---------------------

Itu la kisahnya hari pertama di Seoul, Korea.. tak de buat apa pun.. by the time sampai rumah host, semua dah lemau.. kena plak cuaca sejuk bangat.. kami decide untuk tidur.. esok nak bangun awal.. nak pi Nami Island..

- bersambung-

Saturday, 7 May 2016

Hari Pertama - London 1 - 3 April 2016

Sebenarnya dah lama nak tulis, tapi biasa la.. sibuk memanjang.. dengan keadaan di ofis yang kelam kabut.. biasa la bila dah tukar kerja baru.. no one really like to work kan.. kita kalau boleh nak kerja sendiri at our own time.. tapi duit masuk tetap mencanak.. alangkah heavennya.. ala2 Paris Hilton kan .. xyah kerja tapi duit tetap masuk.. huhuhu.. eh tersilap berangan plak..

Kerja tetap kena kerja.. dengan kerja laa ada duit nak masuk untuk dapat pi travel kan kan kan..

Ok .. back to travel story ..

Bermula dari 1hb April 2016 sampai 16 April 2016, aku dan En Nik mula merayau ke bandar-bandar Europe.. dah lama teringin nak buat trip merantau dari satu negara lain.. tapi tak pernah berkesampaian.. alhamdulillah, dah kawen nih, dapat macam2 rezeki.. suami, anak2 instant dan juga travel.. En Nik pun suka travel, cuma dia tak pernah buat.. so he really enjoyed the trip..

Perjalanan kami bermula dari:

KL - London - Paris - Brussel - Amsterdam - Geneva - Interlaken - Zermatt - Paris - KL

Woww.. I can't believed we just did that..

London:

Tak banyak cerita di London.. ini bukan pertama kali aku sampai London.. mungkin sebab tu aku tak de rasa excited sangat.. (padan muka aku).. hahahaha.. pastu aku plak bukan nak shopping sangat.. lagi la xde mende sangat..

Tapi aku really enjoy the moment cycling dengan En Nik around London.. I make a big mistake dengan ambik Tour Bus tu.. nyesal teramat.. dah la mahal.. konon2 teringin nak jadi tourist, itu yang ambik.. tapi dengan kesesakan pekan London, x worth every penny pun.. dulu pernah naik sight seeing kat Edinburgh, itu agak ok sbb x sesak, so banyak tempat boleh cover.. tapi London??? lebih baik naik Underground..

Dalam train di Hari Pertama sampai London

Penginapan:
Kami dok di Central Park Hotel, area Bayswater di Pekan London.. book via Booking.com.. harga RM953 untuk 3 hari 2 malam..
Lokasi perfect giler.. berdepan dengan Hyde Park - taman yang glamer kat pekan london nih.. ambik train dari Airport, berhenti di Queensway .. hanya beberapa langkah, dah sampai Malaysian Embassy.. bawah Embassy ada restoran Melayu.. kot2 teringin nak makan roti canai.. hehehee ..

Aktiviti:
1. Berbasikal di Hyde Park - Harga £2 untuk 24 jam.. mmg worth it..
2. Berjalan dari Big Ben ke Tower Bridge sambail melihat-lihat permandangan London sepanjang jalan..
3. Masuk Maddame Tussaud .. kena la masuk sbb x pernah kan.. do something at least once - my motto .. tapi yang elok2 la, yg tak elok kalau boleh jangan buat langsung..
4. Masuk Albert Hall - pun sebab tak pernah buat sebelum nih, so best gak la tengok2 lagenda Albert Hall nih.
5. Masuk National Museum - untuk melihat sejarah2 yang ada di dunia.. we spent the evening from 4pm sampai 6pm (sampai museum tutup) ..

Basikal nih senang didapati di seluruh penjuru Hyde Park
Tugu Peringatan di tengah-tengah Hyde Park
Inside Albert Hall
We really enjoyed our time cycling around London
My boifren before I met En Nik..
View sepanjang perjalanan dari Big Ben ke Tower Bridge - mengambil masa sehingga 30 - 45 mins bergantung kepada tahap kecekapan dan kepantasan..
The famous Big Ben

The famous Tower Bridge
Beautiful Hyde Park - sejuk je kat sini, rasa macam nak tinggal je kat sini..

Bunga Daffodil yang tumbuh melata di sepanjang Hyde Park



Kos di London
(semua harga adalah untuk 2 orang)
Kad Oyster dan Train dari Airport ke Queensway = RM116
Hotel Central Park (3D2N) = RM 953
Berbasikal (kos untuk beberapa hari) = RM 136
Albert Hall entrance = RM 153
Big Bus + Madame Tussaud = RM 353
UBER : London to Heathrow = RM 204

Total: RM  1915 

Harap dapat menjadi panduan untuk semua yang nak pergi travel.. :D

Monday, 1 February 2016

Next Trip : London & Europe

Seronok tak terkira... now bermula diari baru..
mencari maklumat untuk next adventure..
teruja dan nervous..
kali ini pergi bersama en. suami..
alhamdulillah.. kepada yang Esa..
kerana memberikan daku teman hidup..
yang boleh berkongsi suka dan duka..

ok.. back to my next adventure.. kali nih tak susah2 dah nak pujuk orang ikut...
dah confirm en. suami kena ikut.. tapi planning kena buat sorang2 ..
sebab bab planning, en suami memang fail..
so he leave it to me..

he only need to prepare - mentally and physically..  hehehehe

So I have 2 choice.. first, ingat nak buat trip dalam France sahaja ..
But now, as time getting nearer .. terbaca blog orang lain pasal another location..

I need to start from Paris.. because that's where my flight going to land in April..
I bought the ticket 2 months ago .. (memang suka plan awal2, sbb ada time nak kumpul duit and plan).. selagi x beli tiket, selagi tu plan hanya di mulut.. bila dah beli, baru la tangan laju mencari-cari maklumat..

First Choice:




Second Choice:


Second choice nampak lebih menarik ..

so ...... nantikan perkembangan kami dari masa ke semasa.. :)