Monday, 5 December 2016

Korea - Hari Ke 2 - Nami Island, Petite France and Garden of Morning Calm

Tujuan utama kami ambik kereta adalah kerana nak pergi tempat-tempat yang agak jauh dari Seoul iaitu nak ke Nami Island dan area sewaktu dengannya .. berdasarkan pembacaan dan kajian awal (cheewah) .. 3 tempat nih berada di lokasi yang berdekatan antara satu sama lain.. so untuk mengelakkan jem ketika keluar dari Seoul, pukul 6.30am kami dah bertolak ke Naminara Republic.. atau nama glamer bagi peminat-peminat Winter Sonata - Nami Island.. (tapi kalau tanya budak2 muda la ni, mana depa tau Winter Sonata - nampak sangat dah makcik2 dah kita nih).. hahahaha ..

1 Disember 2016 - Pulau Nami

Perjalanan dari Seoul ke Pulau Nami nih senang je.. (sebab ada GPS) .. hehehehe .. kalau nak carik sendiri, memang gagal terus.. perjalanan mengambil masa 45minit - 1 jam .. jalan tak jem tapi kereta dah start banyak masa kami keluar dari rumah sewa tu..

sebelum bertolak jugak, kami dah masak nasik siap2.. lauk tu biasa la.. beli kat abang brahims .. sedap dan mudah.. nak panaskan, masuk je dalam periuk nasik bila nasik dah masak.. makan hangat2 time sejuk-sejuk nih memang nyaman.. dan kami plak drive, so angkat periuk nasik terus masuk kereta.. tak yah nak packing bagai..

Tengok tu periuk nasi .. memang takkan kurus aih kalau makan cam gini.. hahahaha..

Sambal ranggup ikan bilis halus (beli kat Giant - sedap giler) dan sambal hitam d'isis .. memang makan bertambah..
Lepas dah puas makan.. dah ambik2 gambar kat entrance.. maka naik la kami bot ke pulau nami.. dekat bebeno je.. x sampai 10 minit.. tapi for me, Pulau Nami memang cantik.. kalau mai time Autumn, confirm cun giler.. Disember nih dah masuk winter tapi belum snow .. pasrah jek la tengok ranting-ranting mati..

Beli tiket feri dulu.. KRW8,000 seorang ye..

Nih la rupa ferinya.. cantik dan ada wifi ..
Salah satu papan tanda yang sepatah pun tak paham di Nami Island


Sisa-sisa Autumn yang masih ada
Jalan-jalan sekitar Pulau Nami
Pulau Nami nih memang cantik dan wajib pergi oleh setiap pelancong-pelancong tak kira la dari mana pun datang.. rasanya kalau autumn, mau kena spend time lama lagi kat sini.. memang cantik dan tenang sekali.. dah spend dalam 2-3 jam kat sini, kami pun ready dah nak bertolak ke next destination..

La Petite France

Actually tak de la nak pergi sangat La Petite France nih .. tapi dah nama pelancong, kena la try semua tempat kan.. so lokasi tempat nih dekat je dengan Nami Island.. dalam 25 minit perjalanan je..

La Petite France ni diambil dari sumber inspirasi cerita kartun Little Prince (1943).. best gak cerita nih, pernah la tengok sekali.. dia mengisahkan seorang budak yang ada planetnya sendiri.. perjalanan hidup dia sampai dia besar.... tapi bila dia besar, dia jadi tukang sapu sampah je .. sbb dia lupa diri dia sendiri.. gitu la lebih kurang ceritanya.. penuh maksud tersirat dalam cerita nih..
 
Ini la little prince tu..



















































Nih la kampung Little Prince nih.. nak masuk KRW8,000 .. tapi kami ada kad diskaun so dapat KRW6,000

Kami spend about 1 hour je kat sini.. kecik je tempat nih.. tapi bleh la layan untuk ambik gambar..

Garden of Morning Calm

Seterusnya kami bergerak ke Garden of Morning Calm.. susah giler nak carik.. jauh plak tu.. tapi kedudukannya menghala ke Seoul.. so sesuai sangat la untuk singgah sebelum balik ke rumah sewa.. jarak dari Petite France ke tempat ni dalam 40 minit gitu..

Garden nih cantik.. kalau mai time Spring or Autumn.. seperti Nami, kami hanya mampu memandang ranting-ranting sepi sahaja.. huhu hu.. tapi kami sempat sembahyang kat salah satu pondok kat taman nih..

Air kat bawah jambatan nih dah beku dah pun..

Tempat nih cantik giler time spring dan autumn.. penuh bunga dan daun warna warni.. time disember, memang ranting jek la..


Ada la 2-3 pokok yang masih berwarna.. sisa-sisa autumn

Bagi bulan Disember, garden nih letak banyak lampu-lampu .. dan dia bukak sampai 9malam.. so kalau berkesempatan dan kalau anda datang bulan 12, datang la waktu malam untuk tengok lampu..

Setelah penat berjalan pusing.. sampai la masa nak pulang ke bilik .. kami sampai ke rumah dalam pukul 6pm.. semua dah letih, tapi sempat lagi ke Dangdaemun untuk shopping.. hik hik hik.. tapi kali nih kami naik train.. sebab tak kuasa nak drive meredah jem ke sana, dan dah la tak tau parking.. so bertatih la kami naik train slow2 sebab kaki dah letih..

Dangdaemun Market

Letih tak pernah menghalang wanita bershopping.. hehehehe

Begitu juga dengan tangga.. leh nangis weiiiii..

Dongdaemun Underground

Kaki tu dah mengeletar.. tapi jumpak kedai, laju la plak.. hahahaha ..

Akhirnya pukul 8pm, kami pun insaf dan kembali ke pangkal jalan...

bersambung...

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. I am Jihee from Trazy, an online travel booking platform exclusively focused on Korea and currently expanding its service to Thailand.

    We are currently looking for travel bloggers who have quality content on destinations in Thailand or Korea, hoping to collaborate and grow together.
    We run a commission based affiliate program and exclusively work with our affiliates for sponsorship, too.

    You can easily sign up at https://www.trazy.com/affiliate. Also, feel free to ask me any questions about the affiliate program. You can contact me at trazycrew@trazy.com. I would be happy to give you more details!

    Thank you!
    Jihee

    ReplyDelete