Sunday 13 August 2017

Perancangan ke Hong Kong

Baru perancangan... hahahaha ..

Seperti biasa, tak sempat pun habis cerita Korea, dah start cerita tempat lain plak.. sama la dengan kes Europe hari tu.. sampai ke sudah tak buat.. rasanya cam gitu le aku nih.. kalau dah x buat tu, mmg x buat terus..

Anyway.. sekarang bermula rutin untuk next journey..

kali ni aku decide nak bawak anak-anak sekali .. sebenarnya janji dulu nak bawak diorang pergi USS Singapore je hujung tahun ni.. tapi bila tengok point Enrich macam cukup je untuk tiket ke tempat sejuk (at least untuk 2 orang), so aku decided (setelah berbincang dengan en suami) untuk ke Disneyland Hong Kong.. nak ke Tokyo, x mampu le pulak dan tiket pun mahal compare to Hong Kong..

Maka.. aku pun book la ticket flight.. Enrich point dapat 76,000 untuk 2 orang tiket pergi balik Hong Kong + RM500 (utk duit tax) .. pastu tiket untuk lagi 2 orang, beli kat Malaysia Airlines - dapat la RM900 untuk dewasa dan RM800 untuk kanak2 (bawah 11 tahun)..total duit tiket untuk 4 orang = RM2300 .. kira ok sangat la kan.. Alhamdulillah to CIMB Enrich credit card jugak sbb point dia banyak..

Now.. aku tengah dok membaca tips2 dan blog2 orang lain untuk perancangan ke Disneyland. Tips yang aku dapati ialah:

  1. Pergi time weekdays kalau boleh.. else kalau pi weekend, spend so much time kat beratur je.. kebetulan tarikh kami pi tu ada weekdays, so aku plan nak pi di akhir trip kami, iaitu selasa - khamis.. flight balik malaysia, khamis petang.. so sounds good so far..
  2. Pergi seawal mungkin untuk mengelakkan jem orang, bukan jem kereta sbb naik MTR (aka MRT dalam istilah Malaysia)
  3.  Beli tiket online siap2 .. jgn sampai sana baru nak beli.. nanti queue plak untuk beli tiket masuk je..
  4. Terus ke ride, ignore characters dulu.. naik ride puas2 sementara x ramai orang..
  5. Majority advice untuk stay kat disneyland hotel .. walaupun agak mahal, tapi tengah consider sbb yang penting nak enjoy.. kalau stress2 beratur bagai nanti, x fun pulak.. lagipun nak stay kat situ sampai malam untuk tengok fireworks, so high possibility duduk kat situ 2 malam sebelum balik KL..
  6. Cari masa untuk tengok semua show.. sebab semua show best...
Ok, itu je buat masa nih.. nanti saya share lagi, insya Allah. :)

Kalau nak baca lagi, boleh click link di bawah:

http://tripswithtykes.com/2014/06/03/10-tips-tricks-for-visiting-hong-kong-disneyland/
http://www.mumonthemove.com/tips-for-visiting-hong-kong-disneyland-2/ 
http://www.farrisnoorzali.com/2017/09/kembara-hong-kong-causeway-bay-shek-o-village-kowloon-tsim-sha-tsui-disneyland/






1 comment:

  1. Salam kenal.

    mana lagi N3 yang lain.. keep writing sis.

    ReplyDelete